semenjak menjadi seorang ibu, saya banyak di dedahkan dengan kepentingan susu ibu sepenuhnya kepada bayi tanpa dicampurkan dengan susu formula,jika sebelum ini... saya melihat ramai yang mengambil mudah dengan penyusuan susu ibu kepada bayi dan anak2...sebenarnya Allah SWT telah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud "para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh,iaitu bagi yang menyempurnakan penyusuan
banyak kajian yang dilakukan membuktikan bahawa susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak2.
awalnya saya rasa macam tak mampu je untuk BF baby sepenuhnya tambahan sebagai seorang ibu yang bekerjaya...yang mana masa bersama bb adalah terhad,,, tentunya terpaksa berikan susu formula pada bb, maklumlahkan ...macamana saya nak susukan anak saya ? sedangkan saya di tempat kerja... anak pula dengan babysitter.. tapi pendedahan daripada nurse2 hospital dan klinik yang saya lawati secara berkala ketika hamil dulu, memberikan pendedahan tentang kebaikan susu ibu..
selain itu.... saya juga banyak mendapatkan pendedahan daripada web susuibu.com dan juga web ibu2 yang lain mengenai kepentingan susu ibu ini...

sebelum ni juga...saya terfikir macamana nak berikan susu walaupun saya di tempat kerja,... sebenarnya kempn penyusuan susu ibu telah lama kementerian kesihatan jalankan...dan di web susu ibu juga saya telah didedahkan dengan cara dan pump yang sesuai serta bagaimana untuk menyimpan susu ibu dan menjadikkannya stok. nanti saya akan kongsikan lagi kepentingan dan khasiat susu ibu untuk bayi kita...tidak salah kita melaburkan sedikit wang untuk membeli peralatan untuk menjayakannya...cuma kita perlu niat dan doa kepada ALLAH agar kita di beri kekuatan untuk melakukannya,yang pasti akan banyak dugaan dan rintangan yang kita akan hadapi...contohnya saya sendiri diperlekehkan oleh sedara terdekat bila menyatakan niat yang murni ini. tapi saya bertekad untuk menjayakannya... Sekarang anak saya baru berumur 2 bulan tapi saya tidak mencampurkan lagi dengan susu formula yang ada dipasaran...tambahan suami saya juga menyokong niat saya ini...thanks to him.... dan kepada ayah...bakal suami...atau suami atau bakal ayah...sokonglah zaujah(isteri) anda untuk memberikan susu ibu sepeuhnya.... USAHA TANGGA KEJAYAAN...ANAK ADALAH PERMATA HATI...BERLABURLAH UNTUK ANAK SOLEH>SOLEHAH......sekadar coretan ku,,,

0 Comments