10 cara untuk melatih diri bercakap perkara-perkara baik;

1. Kita mesti rajin membaca Al-Qur'an. Ia akan mengarah diri kita ke
arah melafazkan perkataan-perkataan yang benar.
2. Banyakkan berzikir.
3. Rajin bercakap tentang kebaikan orang lain. (Supaya tidak angkuh
tentang diri sendiri).
4. Elakkan diri dari bercakap bohong.
5. Elakkan daripada suka berjenaka yang tidak kena tempat dan
berlebih-lebihan.
6. Pastikan makan dan minum benda-benda baik sahaja..

7. Beristighfar cepat-cepat apabila telah menyinggung perasaan/ diri
orang lain.
8. Rajin belajar daripada orang lain (Cari role model untuk dicontohi)
9. Biasakan diri berbicara tentang kebesaran Allah.
10. Bersihkan hati nurani kita. Ia merupakan kilang pada percakapan
dan perbuatan kita.

Seteruk-teruk manusia... dia boleh berubah menjadi seorang insan yang
baik jika kemahuannya kuat. Niat amatlah penting, dan usaha/
pendekatan dibuat mengikut cara yang Allah redhoi. (Turut akan
mendapat pahala ibadat).
Yang penting... jangan kecewa untuk menjadi manusia yang baik...
Jangan sekali-kali ingat kuasa manusia mengatasi kuasa Allah.
Seramai-ramai manusia 'jahat' di dunia... ramai juga orang yang baik-
baik.

Sentiasalah berdoa dan terus berdoa semoga kita terus dalam Islam dan
menjadi makhluk yang sentiasa dibawah perlindungan rahmat dan kasih
sayangNya BiOr org pandang hina pd kita, jgn kita pandang hina pd
org

0 Comments