Lawar ni sedap tau, 1st time mengenali dan merasai kelazatannya , tika berada di rumah mak mentua, memang sedap. Sebelum ini memang tidak mengenalinya... ha ha makanan tradisi ni tapi... rasanya ramai yang tidak mengetahuinya... hidangan yang mudah dan rinngkas untuk dilakukan tetapi hasilnya memang marvellous!.
Bahan-Bahanya :
1 kilo ikan tamban
10 ulas bawang merah-mayang
15 biji cili padi dihiris halus
10 biji asam limau nipis
1 ikat daun kesom dihiris halus
2biji timun batang dihiris halus
garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya :
1. Ikan dibersih dan dibuang tulang tepi dan tengah, potong 1/2 inci
2. Bahan-bahan di atas semuanya dimayang halus dan digaul dengan ikan tadi.
Masukkan garam,air perahan limau nipis,gaul sebati.,.
Boleh dihidang bersama nasi..
yummy !!!
Cubalah buat dan rasainya sendiri.

0 Comments