Pasu-pasu yang dibeli di Pahi tempohari, emm semenjak berpindah rumah sewa baru ni, bersemangat nak gardening.... memang dis my feveret hobby dari dulu lagi, Sekarang laman rumah ni pu ok, takde lah luas sangat, tapi bolehlah sikit.. emm ingat nak juga berkebun sayur, tanam sawi, pastu ulam-ulaman macam pokok kemangi, ulam raja, emm sedapnya.... he he
Tadaa.,.. ni lah bunga rose penyeri laman ku umah ku ini, RM 13 sepasu, itu pun pasu tu retak sedikit sebenarnya, tapi nak jimat takpe lah, yang retak tu, bolehlah diletakkan sebelah dinding umah, terlindung, so kalau orang tengok, takdelah diorang perasan kan??...
tapi bunga2 ni dah kena petik kat my lil Insyirah dah, memang suka bunga....
Semalam, balik rumah mak, ambil pokok yang mudah dijaga, macam lidah buaya, fern, dah tanam dah, nanti kita snap gambar ya..
oklah, saje nak update blog je, masukkan n3 ni... Selamat Hari ibu , buat semua

0 Comments