Posts

Showing posts from December, 2009

Bertukar lagi...

Salam semua... kaifa haalukum?? kullu am wa antum bilkhair... alhamdulillah hari ni 1 january 2010.. hari baru .. tahun baru bagi kalendar masihi... ... tambah2 hari ni hari jumaat .. sayyidul ayyam (penghulu segala hari) . antara kelebihan hari jumaat ialah :* tazkirah utk diri snd ni .. Kelebihan Hari Jumaat Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat. "Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah." Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk ugama islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik". Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pd mereka yg

Mystery Gift, New Template, tagline, sample

Salam semua... apa khabar???? sibuk ke hari ni??? dah lunch??? harapnya semua dah ya... oh ya... alhamdulillah hampir siap men touch kembali Teratak Damaiimpiana~ moga sedamai namamnya.. dan tagline baru untuk teratak damaiimpiana. Harap kawan2 suka ya dengan template terbaru ni. Insya Allah bloglist kawan2 semua akan sarah masukkan sikit sikit.. maklumlah bukannya sepenuh masa depan lappy.. ada kerja lain juga yang perlu dilaksanankan.. dan jika dalam memasukkan list nanti ada yang tertinggal, jangan segan-segan bagitau ya... selagi bernama manusia tetap ada sifat lupanya. Manusia (annasiyan). One More, harap kawan2 dapatlah merajinkan diri memberi komentar anda tentang template dan tagline baru ni ... komen terbaik akan mendapat satu mystery Gift... . tak kisahlah sama ada komen tersebut berbentuk positif atau negatif . eh eh... macam giveaway jugalah gitu.. tapi takde syaratnya.. Yang pasti sorang je akan dipilih.( Gift ni pula tentunya dari produk yang dijual online store sarah..

Penatnya.............................

Salam semua, baru je balik dari sekolah, penat sangat2................... berehat jap sambil bertenet... Insyirah??? ada... sedang menyusun barang2 tupperware mamanya... baba? sedang mengemas rumah.. ( Syukran baba... memahami mamanya..) emmmmmmmmm ... kawannya Luqman nak datang rumah dengan zaujahnya dari Pasir Tumboh... penatnya ... mengalahkan murid2 yang memunggah buku2 teks pula... penat memberi arahan... budak2 kan kena bagi arahan banyak kali.. baru faham... So hari ni buat sebahagian dulu ... minta diorang punggah buku teks ke kelas masing2 untuk pembahagian buku teks hari Khamis nanti... jadi bila buku dah ada dalam kelas, memudahkan guru kelas membahagikan buku nanti... dan menyenangkan kerja guru spbt ( sayalah tu...) ... pengalaman lepas banyak memberi iktibar so... harapnya hari khamis ni dapat berjalan dengan lancar..... Esok sambung lagi.... emmmmmmmmmm... pendek kata minggu ni... tiap2 hari ke sekolah.... oklah dulu untuk pagi ni...

Saje nak share...

Image
Salam semua... apa khabar hari ini?? emmm... hari ni ada meeting guru2 kelas di sekolah... then habis meeting balik ke rumah kami , setelah berlama-lama di rumah mak... banyak yang nak kena kemas, oh ya.. sebelum meeting tadi sempat lagi singgah kat Pasar Isnin, kalau kawan2 nak tahu, Machang memang tersohor dengan Pasar Isnin.. pendek kata kalau musim cuti memang penuh dengan lautan manusia yang datang untuk menshopping dan menghabiskan duit... kenapa???? sebab... harganya murah2 dan apa yang kita nak Insya Allah ada.. baju, blouse... handbag... makanan minuman... toto, jam... ish.. iish... ish.. kalau nak senarai semua.. tak habislah jawabnya... kalau niat hanya nak window shopping... emmm rasanya niat anda akan terpesong... so nasihat saya... bawa duit banyak2 ... he he,.... sebab memang harganya memang murah!!!.. Opss... kita beli langsir.. sepanjang nak masuk setahun dok di umah sewa tu.. tak berjangak (berhias) tingkap dan pintu kita.. jadinya 2010 ni... nak jangak lah sikit...

Mesyuarat Awal Tahun dan Jamuan Akhir Tahun 2009 di Sutera Inn KB

Image
Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua... sayyidul ayyam yang begitu besar dalam hari2 dalam Islam. Dah beberapa hari tak update blog, bukan penyakit 'M' ya kawan2.. tetapi coverage broadband yang kurang memuaskan so... senyap kan diri seketika... oh semalam Khamis (24.Des 2009) Ada mesyuarat awal tahun 2010 dan juga jamuan akhir tahun bagi 2009 yang di adakan di Sutera Inn KB... Mesyuarat bermula pada jam 10 pagi. tapi sarah sampai sana jam 5 minit sebelum jam 9, sebab dalam surat panggilan mesyuarat jam 9 kan.. rupanya ada sedikit perubahan tetapi ramai yang tidak maklum... so mesyuarat start jam 10 .. lebih kepada taklimat dari GB dan kami dibekalkan dengan Buku Pengurusan serta panduan utk 2010.. Dalam buku tersebut mengandungi semua maklumat tentang tugasan setiap guru... emmmm banyak juga tugas tahunan... nanti dalam coretan lain sarah sharekan... Dalam pukul 12 kami selesai mesyuarat then terus ke Tingkat 1 utk ke Songket 3 , jamuan tengahari di sana... Menu nya : Siaka

Salam Maal Hijrah 1431

Image
Assalamualaikum semua, apa khabar hari ni?? Salam Maal Hijrah 1431H buat semua teman blogger dan buat sesiapa sahaja singgah di teratak damaiimpiana. . Jangan lupa ambil kad di atas sebagai tanda ingatan kami di sini. Menyingkap kembali Sirah Nabawiyyah, Hijrah terbesar Adalah Penghijrahan Rasulullah Saw dari Kota Suci Mekah ke Yathrib ( Madinah) membawa makna yang besar dalam kalendar Islam. Detik berkembangnya dakwah dan bermula kecemerlangan Agama Islam, persaudaraan Islam yang semakin kukuh. moga Syiar Islam terus semarak dalam diri kita semua. Jadikan tahun ini sebagai detik perubahan kepada yang lebih baik dengan tekad menjadi Mukmin Muslim yang bertaqwa serta kita semakin mencapai Mardhatillah. Bulan Muharram juga dikenali sebagai bulan haram, yakni diharamkan berlakunya pertumpahan darah atau peperangan oleh Allah SwT. Namun larangan tersebut termansuh setelah Fathul Mekah (pembukaan Mekah). Dalam bulan ini juga kita digalakkan untuk berpuasa sebagaimana maksud hadis" Br

Riadhah yang bertukar tempat.

Image
Dpt petai dari kawan baru ayah Ucu Na dan Ayah su begitu teruja bermain air.. Mak dan sadiq me, ateh dan cik ngah di belakang bersama INsyirah Salam.. semalam (petang jumaat) planning nak beriadhah ke Bukit Bakar, tetapi disebabkan masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan, maka planning terbatal tanpa pengesahan syura. Jadi petang tu just ikut mak and ayah bersama adik2 tinjau jalan raya baru yang dlam proses pembinaan.. saje je jalan2 nak tau percent dah siap... Dalam perjalanan tu... terjumpa anak sungai yang jernih sangat airnya.. ape lagi .... singgah kejap bermain2 air.. seronok betul Insyirah dan geng2 nya bermain... Mesti tertanya2 kan.. mana lah baba insyirah ni.. masa ni babanya tengah ralit tgk al_kuliyyah.

Sabar ajelah !!!

Tak tahu nak cakap ape dah.. tak tahu nak wat camana, sabar ajelah..!! tapi sampai tahap mana?? dah nama manusia,.. tapi.. sabar ajelah... kalau ikutkan hati.. nak je ambil yang lain, tapi time balik Tok Bok aje jadi cam ni.. sabar ajelah... hai broadband ku.. susah ku nak buat keje ku.. terbengkalai semua.. tapi.. sabar ajelah sabar ajelah.... sabar ajelah.... sabar ajelah...

Lunch kat Luar Hari ni :)

Image
Gelagat Insyirah.. taknak makan nasi, pedas katanya. Sebenarnya alasan je tu...just minum ice blended jer.. Tu thumb up best...... katanya. Black Forest Cake : satu slice je.. sebagai memenuhi janji buat Insyirah yang nak makan kek.. Yang ni beli kat Pintar Cake sebelah SMO di bandar Kuala Krai... so far sedaplah juga... :) Kiwi Ice Blended ! Pesanan Baba. tuannya tak nak exposekan diri.. so nampak janggut ajelah.. ;) Siakap Sweet Sour Tiga menu pilihan mamanya : Siakap Sweet Sour, Ayam Masak Lemon & Kailan Goreng.. Tengahari tadi, pulangnya baba dari kerjanya.. ingatkan dah bawa balik lunch untuk kami berdua kat rumah... tapi .. huhu tangan kosong aje...cedihnya ;( Rupanya baba ajak kami makan kat luar.. kalau ikut tak nak lah keluar.. mana nak iron baju, tudung ... biasalah kan penyakit "M".. so capailah mana2 blouse dan tudung yang memang tidak perlu di iron. banyak suggestion dari kedai makan, restoran/.. last sekali kami pilih Dataran Damar. (yang ni on da way nak

Video Pilihan

Nak share video ni... Insyirah suka sangat tgk gelagat si hipo dan kawannya.. siapnya ditiru gaya dua ekor ni... nanti upload lagu nasyid Buah-buahan yang diminati oleh insyirah..

Pengalaman dan suka duka Stop BF pada Insyirah

Assalamualaikum... Sebenarnya dah lama nak share story ni kat sini... alhamdulillah akhirnya insyirah sudah genap 2 tahun 2 bulan sekarang dan hampir sebulan lbh dia tidak BF dengan mamanya... Awalnya memang berat hati nak stop BF,, tapi memandangkan ada faktor lain .. so by hook or by crook memang kena stop.. kesian kat insyirah.. nak tau macamana ikhtiar utk hentikannya? actually banyak fasa yang sarah lakukan.. tapi (dalam fasa tersebut diriku memang tak bersedia utk berhentikannya,,(sapu asam jawa, sapu limau nipis ) tapi itu sebab tak berjaya ,. tak bersungguh2.)Sedih tau!!! :( Tapi at the end.. ku pujuk jua hati .. so dikhtiarkan dengan Jus Tok Guru yang di sapukan pada nipple.. Insyirah malam tu bila start BF dia terasa pelik semacam.. katanya masam.. start hari tu dan 2 3 hari berikutnya.. bila dia minta nak BF .. mamanya cakap"adik lupa ke susu mama dah masam?? dah tak boleh minum?? ok tak ayat tu??? " > Tidur malam pun gelisah aje... sedihnya hati tatkala itu...

Pemberitahuan ::: Makluman

Assalamualaikum dan salam semua. Hari ni sarah nak jemput kawan-kawan ke website sarah yang ada di sidebar sebelah kanan tuuuuuu... sempena YEar End Sale .. So ... masa nilah nak beli barangan dengan harga lebih jimatkan??? jadi.. jangan lepaskan peluang untuk klik ya,.. mana tau ada yang tertawan..