Salam semua........ kaifa haalukum?? ana alhamdulillah bilkhair......... * cakap arab sikit..... dah lama tak komunikasi dgn Bahasa Arab.. rasanya macam dah banyak yg lupa..... seronok belajar bahasa Arab.. Bila baca Al-Quran, dapat juga memahami kalimah2 yg ada di dalam Al-Quran .. tentu seronok membacamya Al-Quran sambil bertadabbur kan? Paling Best baca Tafsir Al-Quran... bait2 kalimah dan Kalamullah yang sungguh mendalam dan bermakna.. Panduan Hidup Muslim....
Oh......... sebenarnya nak berkongsi email dari yahoogroups,
Bacalah moga ada manfaat kita bersama..
Sumber Image : Mr Google :)

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima dan lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al- Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

0 Comments