Assalamualaikum.............

Alhamdulillah, kali ini me ingin kongsikan kegembiraan yang diperolehi. Ingat tak wishlist yang saya postkan akhir tahun lepas. ada 3 semuanya.. Alhamdulillah, Allah permudahkan permintaan hambanya ini :)

2 daripada list saya, sudah dapat dipenuhi.. yang pertama deep freezer untuk menyimpan susu naufal telah kami sepakati pembelianya di pertengahan bulan 12 2010, setelah di survey dan disyurakan bersama antara saya dan suami, kami memilih untuk mendapatkan Deep Freezer jenama Singer, memang pada dasarnya jenama ini tiada dalam list kami, namun kerana kekangan kewangan saat itu utk membeli cash, kami telah membelinya dengan bayaran secara 4 kali bayar. memang harganya agak mahal. tapi oklah sebab bayar kali. so takdelah naik bunganya.. kalau bayar ansur2 bulanan harganya adalah berganda..


dan yang terbaru dan terkini, setelah membuat survey secara online, ramai yang saya lihat menggunakan jenama ini, hatta sifu yang saya hadiri kelasnya juga menggunakan jenama ini, tika itu katanya harga barang tersebut dalam RM 6++,  dan saya telah usulkan hal ini kepada suami, dan kami bercadang untuk turun ke KL untuk membuat pembelian, namun ........... setelah dibuat beberapa perbincangan dan berfikir secara mendalam, akhirnya saya berkeputusan utk mengirimkan pada adik yang berada di kl untuk belikan..
Sekali lagi rezeki memihak kepada saya, Sabtu 2 minggu yg lepas, adalah hari last utk promosi, saya call pagi tu, amoi penjual bagitau, hari ni hari last utk promosi.. so minta adik terus ke Puchong utk belikan.. Masa deal dalam phone, dia bagi harga promosi RM 700 + RM60 utk extra bowl.. tapi adik dpt potongan RM 5 so dapatlah dgn harga RM 695.00 emmmmmmmmm tak sabarnya... nak tgk and nak guna.......
* Alhamdulillah ....... mixer dah selamat bersama.. cuma belum ada kesempatan lagi nak rasmi....
tunggu ruang masa yang tenang dan lenang sikit..............

0 Comments