Posts

Showing posts from April, 2011
Assalamualaikum dan salam sejahtera ... nampak tak logo KIM  yang besar kat sebelah tu? sejak dua menjak join KIM  atau kumpulan ibu menyusu ni, makin bertambah ilmu2 ku tentang penyusuan susu ibu. nak menjayakan penyusuan sepenuhnya tentulah memerlukan ilmu kan...  so.. hari ini nak kongsi sedikit ilmu yang telah di baca di sana dan dikongsikan di sini.. so ibu2 jom sama2 baca dan chaiyok untuk semua ibu2 yang bertekad untuk menyusukan bayi sepenuhnya.. ANDA ADALAH IBU YANG HEBAT !!!. 1st thing 1st, marilah kita sama2 berkenalan dan memahami istilah2 yang biasa digunakan dalam PSI : * EBM = Expressed Breast Milk * Fresh EBM = Susu yg baru diperah * Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi * Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku ok dah tentunya ibu2 yang dah biasa baca tentang istilah inikan... antara gadget yang diperlukan untuk menjayakan PSI  ialah bekas penyimpanan yang sesuai, bagaimana ya ?  a

Tips penyusuan berkesan (part 1)

menyusukan bayi dengan sempurna dan mencapai target sehingga 2 tahun atau lebih adalah menjadi idaman setiap ibu2.. peringkat awal tentulah short term target utk mencapai 6 bln penyusuan exclusif, seterusnya mencapai sehingga usia si comel 2 tahun atau lebih... begitu impian kita termasuk diri ini.. cari gali ilmu untuk menjayakan penyusuan susu ibu sepenuhnya perlu bagi setiap ibu. dengan adanya ilmu yang mantap dan mendalam tentunya membuahkan hasil yang pasti membuatkan kita tersenyum lebar. ok... jom baca tips2 penyusuan yang ingin dikongsikan hasil dari bacaan dari majalah kesayangan PA & MA keluaran Ogos 2007. a. pastikan posisi penyusuan betul.posisi yang salah boleh menyakitkan anda  dan mengecewakan bayi. b.selepas menyusukan, masukkan hujung jari kelingking anda dihujung mulut bayi untuk menghentikan hisapan. c. Pastikan mengalami refleks let down atau pancutan susu.. d. gunakan bantal untuk bersandar jika perlu , posisi dakapan merupakan posisi klasik dan menjadi kegemar
Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... apa khabar hari ini?  oh ya untuk para ibu2 yang menyusukan bayi secara exclusife, marilah kita sama-sama amalkan membaca surah Al-Kausthar tiap kali  menyusukan si comel tersayang.. dan tiupkan pada B kita ya. Insya Allah dengan amalan yang istiqamah dan doakan supaya Allah memberi kemudahan kepada kita semua untuk menyusukan si comel tersayang dengan jayanya.. good luck  semua !!!

aktiviti kakak dan adik

Image
Assalamualaikum dan salam sayyidul ayyam.  hari kakak menunjukkan kemahirannya melipat kain... alhamdulillah.. praise to Allah. kakak dah blh tlg mama dalam kerja2 rumah... tgklah aksi mereka berdua eh adik naufal pun nak tolong juga ya.. kakak baru sudah mandi, rambut tak bersikat .. melipat baju tidurnya haaaaaa.. inilah hasilnya... baju adik naufal dan baju kakak disebelahnya... emm .. boleh bagi markah B nanti upgrade lagi ya sayang..

Nasi goreng ayam

Image
menu malam ni nasi goreng ayam.. bahannya? senang aje.. hanya gunakan formula semudah ABC * * * A = pesan pada pelayan B = sabar menunggu.. * biasa tunggu di dalam kereta je... C = pelayan kedai bawa polisterin putih kat keta, hulur duit, dapatkan baki... bawa pulang umah dan selamat menjamu selera.. ini dia nasi goreng ayam... menu makan malam mama sorang2 hari ni baba? ke machang utk solat hajat, so tinggal mama dgn anak2 je..** dua-dua dah zzzzzzz sebelum baba ke machang, keluar beli nasi goreng ayam ni... teringat nasi goreng ayam pak abu kat kolej 6 kat UM  dulu.. ada sup dan ayam goreng.. ingatkan sama je.. rupanya versi kuala krai nasi goreng ayam.. cam tu haaa.. agak2nya adalah lagi kedai pak abu kat dlm kolej 6 tu?

haa... naufal buat apa tu?

Image
assalamualaikum dan salam sejahtera. sempat snap pic naufal sedang menyusun buku yang ada.. rajin betul anak mama sekarang ni.. :) senang lah mama, ada yang mengemas menyelerakkan  buku2 yang mama yang tak tersusun di rak tu... cubalah tengok tu, tekun nya bekerja... meringankan menambahkan kerja-kerja rumah utk mama... ;0.. redha aje ye mama... eh .. eh dia buka laci pula... jaga2 nanti terkepit tangan tu... " ish .. apalah mama ni.. banyak brg2 dlm laci ni... berselerak pula tu.. biar adik kemas ya ', kata hati naufal .

telingaku sakit

assalamualaikum dan salam sejahtera. lama bersarang blog ini... empunya diri ditimpa ujian sakit daripadanya. tahun ini berturut2 sakitnya... kali ini sakit telinga pula... asalnya telinga selalu gatal2, so selalu lah menggunakan cotton bud utk menghilangkan kegatalan... yang akhirnya menyebabkan jangkitan kuman, seminggu telinga ini sakit.. bersabar dan terus bersabar.. musibah ini, moga2 terhapus dosa-dosa kecilku... ameeen ya allah.. bila ditimpa musibah,, ada 2 keadaan akan berlaku ke atas kita, sama ada kita semakin dekat kepada pencipta atau semakin jauh daripadanya.. sekiranya kita redha dengan ujian dan musibah yang berlaku kepada kita, dan kita sentiasa sabar serta sentiasa berzikir kepadaNya, bila ditimpa musibah, ucapkanlah innalillahi wa inna ilaihi raaji'un.... kerana semuanya datang daripada Allah dan tentunya kembali kepadaNya jua... dalam kesulitan tersebut, disitulah terujinya kesabaran kita. bersabarlah dan perbanyakkan berdoa kepadaNya, moga dengan segala mehnah