Assalamualaikum dan salam Ukhuwwah..

pelikkan tajuk entry kali ini? apa perasaan anda bila kerja yang anda buat, telah anda laksanakan dengan baik tetapi masih ada yang cuba mewujudkan masalah ? masalah yang sepatutnya hanya melibatkan 2 pihak sahaja, dan pastinya mampu diselesaikan oleh 2 pihak terbabit, tetapi masalah ini diwar-warkan  kepada orang lain yang  yang tidak tahu menahu ? dan diperbesarkan - dibesar- dibesar-dibesarkan... tetapi pihak yang melaksanakan tugasan tersebut tidak dipanggil untuk ditanya hal sebenar? apakan itu suatu tindakan yang bagus? setelah diwar-warkan, dan pihak yang terlibat mendengarnya daripada orang lain , dan setelah ia tersebar dengan cepatnya, barulah org itu nak merujuk kepada kita yang terlibat, bertanyakan hal sebenar, apa anda rasa ?   BENGANG KAN? MEMANG BENGANG!!!! , INGATKAN DI BULAN YANG MULIA INI, HATI DAN DIRI MAMPU BERSABAR!! BERSABAR!! TETAPI KERANA PERKARA YANG SEDIKIT , ADA ORANG LAIN JUGA TERCALIT ... TERKENA ... TERJERAT SAMA.... ..


YA ALLAH, BUKAKANLAH HATI MEREKA TERSEBUT...
*maaf... entry ini hanya sekadar melepaskan perasaan yang terbit, cuba mereleasekan emosi dan jiwa yang bercelaru...
jangan ditanya perkara apa, siapa dan dimana?

selamat berbuka puasa...
nak masak apa ya? kelam ... buntu... celaru...
apapun .. jom tunai solat Asar dulu... .. mana tau dengan jiwa yg tenang, datang idea yang mencurah2 ... (idea utk masak :)

oh ya... fasa pertama bulan ramadhan akan berlabuh...fasa kedua mendatang.... ausotuhu maghfirah...
marilah sama-sama kita memohon keampunan Allah..

astaghfirullah al azim 3X

0 Comments