Assalamualaikum dan salam ukhuwwah...

hari ni saya nak share dengan kawan2 amalan yang boleh diamalkan kepada anak-anak kita  sejak baby lagi,
amalkan membaca ayat 164 surah An-nisa',ayat yang akhir sekali iaitu wakallamallahu muusa takliimaa...
maksudnya :" Dan Allah telah berbicara kepada Musa dengan langsung".


bagaimana kaedahnya :

1)Mulakan dengan Basmalah
2)Bacalah ayat di atas dan doakan dalam hati agar anak2 petah,fasih berbicara.
3)selepas tu, lekapkan lidah kita pada lidah baby..
4) Insya Allah, amalkan setiap masa, baby mesti suka.. ;)

doa ni, saya dapat masa belajar kat MPSM dulu, Ust Shaari yang kongsikan pada kami masa dalam kuliah.
then mak saya amalkan utk adik bongsu, memang alhamdulillah, kesannya Masya Allah,
dan pada tahun 2007, saya bukan berteori sahaja, tetapi telah mempraktikkanya pada anak sulung saya. Insyirah dan diteruskan pada anak kedua saya naufal.. alhamdulillah, kalau dengar je saya baca, terus mereka berdua ni julurkan lidah ...
maniskan saat itu...

cubalah amalkan ya...

0 Comments