Posts

Showing posts from December, 2011

My journey of being bisnesswomen~ part 1

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwwah.. macam best je bunyi tajuk kat atas tu... ahakss.. insya Allah di akhir tahun 2011 ni, rasanya saya ingin mencoretkan suka duka perjalanan selama beberapa tahun dalam bisnes online... sebagai satu bentuk penulisan untuk ingatan sendiri, dan juga harapanya menjadi panduan untuk mereka yang ingin berbisnes secara alam maya. dalam coretan ini, akan dikisahkan tentang ; 1. permulaan bagaimana saya terjebak dalam bisnes online 2. Apa perancangan dan juga matlamat berbisnes 3.Suka Duka bisnes Online 4. APa yang perlu di buat dan bentuk kesalahan dlm berbisnes. rasanya itu je kot nak coretkan, sebagai panduan masa hadapan supaya lebih bersemangat dan lebih teratur mengatur perancangan dan juga bisnes yang ada sekarang.. dan juga nak kongsi rahsia , bagaimana nak berbisnes tanpa menggunakan modal yang besar atau tanpa modal.. nak tak ?

kakak insyirah dan adik naufal

lamanya tak bercerita tentang anakanda berdua ni, banyak cerita2 yang nak dicoretkan sebagai rujukan masa akan datang... cerita pertama : kakak,  2 hari lepas, secara tiba-tiba bertanya pada mama  kakak : mama, sedap ke adik nenen?* terkesima mama sekejap, dalam hati kenapa blh keluar soalan ni... mama : sedaplah, macam kakak dulu, kakak pun sama macam adik.. kakak : ooooooooooooooooooooo........................... adik pula : alhamdulillah dah pandai menyebut beberapa perkataan dengan betul spt :Allah ,  Muhammad  mama, baba air, atas, kakak, pastu kalau nak mandi mesti sebut ndi, singkatan pada mandi lagi satu, dah boleh ingat beberapa huruf hijaiyyah, kalau kita sebut aliff... dia dah sebut ba, kalau sebut ta, dia sebut tsa, kalau sebut jim dia sebut ha... seronok nya mama dan baba lagi satu adik dah boleh ingat nama penuh dia... dulu kalau sebut Muhammad takde apa2 yang disambung tapi sekarang kalau sebut Muhammad mesti adik naufal akan sambung mcm ni : mama : muhammaaaaaaaaaaad  .

Diam tak Diam

Diam tak diam? apa ya? itu yg terlintas dalam minda masa nak buat new post... diam tak diam tahun 2011 akan meninggalkan kita dalam beberapa hari je lagi diam tak diam .. guru-guru akan mula bertugas dan bertugas diam tak diam cabaran, tanggungjawab , tugasan mungkin akan bertambah atau berkurang diam tak diam adakah amalan ibadat dan iman kita bertambah? diam tak diam adakah kita telah melunaskan azam kita awal tahun baru ni? oooohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... diam tak diam....................... mamahusna 23/12/2011 . 8.29pm

Resepi :BUTTERNUT SQUASH N CARROTY MASH WITH THYME

BUTTERNUT SQUASH N CARROTY MASH WITH THYME Bahn-bahan • 200g butternut squash, • swede atau labu • 1btg lobak • 4 biji kentang • 1 tsp thyme segar (tlh dicincang) • Minyak zaitun Cara-cara 1. Kupas kesemua bahan dan potong saiz sesuai 2. Masukkan ke dalam dulang pembakar bersama minyak zaitun. Bakar pada suhu 200°C for 30-40 min hingga lembut. 3. Sediakan kentang dan lobak untuk direbus hingga lembut. 4. Tambahkan thyme dan sedia untuk dipuri