Alhamdulillah, pagi tadi tepat jam 10.30 pagi , maka  selesai sudah kursus KSSR Tahun 3 yang saya hadiri selama 4 hari bertempat di SKSYP 2, bermula 25-28 September 2012... 

Kursus ini diwajibkan kepada semua guru GPI  yang akan mengajar murid-murid tahun 3 untuk tahun 2013 nanti... jadi saya telah menjadi guru GPI selama 4 hari ( ada ceritanya di sini, kenapa daku menjadi GPI) tapi biarlah rahsia bak kata Siti Nurhaliza...bagi yang mengetahuinya ... shhhhhhhhhhhhhhhhh aje ya... 
saya sematkan dalam jiwa/hati bahawa  Allah mahu memberikan sesuatu yang terbaik untuk saya... amen... amen... amen... 

Sekurang-kurangnya selama 4 hari berkursus, banyak info terkini, perkongsian,serta penambah baikkan yang telah saya perolehi disana..
Syukur padanya selama saya bersama-sama geng-geng GPI, saya dapat mengutip mutiara pengalaman daripada guru-guru yang telah mengikuti kursus ini dan telah melaksanakannya diperingkat sekolah mereka. Ada di kalangan mereka yang dah melaksanakannya 100% dan ada yang masih dalam peringkat pembinaan, tetapi jika semua memberikan kerjasama yang baik, insya Allah ia akan berjalan dengan jayanya.

tahniah kepada semua JU yang telah memberikan informasi kepada kami..... dan salam ukhuwwah utk semua... 

oklah dulu.... 



0 Comments