Assalamualaikum

Jumaat yang indah dan mubarakah ini menjadi pilihan hari pertama untuk saya berkongsi satu perkongsian menarik yang dikongsikan dari group wasap HomeSchooling Group Kelantan.

Saya tak tahu artikel dan perkongsian siapa, tapi bila ada hashtag di izinkan share, maka terhasillah post ini. Moga bermanfaat buat semua.


Malaysian Parenting Forum 2019.

Slot ke 5.

Didik Dari Hati ke Hati.
Tuan Haji Pahrol Mohamad Juoi




Kesabaran.
Kita sukar menjadi baik, anak juga struggle untuk menjadi baik. Kita perlukan persekitaran kesabaran untuk menjadi baik dan supaya anak menjadi baik.

Dimana-mana zaman dari zaman Rasulullah hingga zaman kita, prinsip tidak berubah, konten tidak berubah, kaedah mungkin berubah.

Prinsipnya :

(1) 0-7 tahun : raja : input berkasih sayang (EQ). perasaan bekerja untuk kita, bukan kita bekerja untuk perasaan. Kaedahnya : bermain dan bergurau dengan anak.

.

(2) 7-14 tahun : hamba : kasih sayang berterusan. Keutamaan adab dan disiplin. Solat.
Apabila solat datanglah kebersihan, time management,
ketaatan kepada ibubapa.
3 perkara utama teratur pada anak, teraturlah hidupnya. kena tegas.
1. waktu makan
2. waktu tidur
3. waktu solat

Selepas 3 tahun didik solat 5,475 kali (365x3x5) solat. 10tahun tak solat, boleh rotan. Jika ribuan solat ini tak buat, kita tak layak merotan tapi layak dirotan.

(3) 14-21 tahun : bersahabat
1. bersahabat dengan anak.
2. bersahabat dengan sahabat anak.
3. bersahabat dengan hobi, minat dan kecenderungan anak.
4. bersahabat dengan masalah anak.

bila dah bersahabat, kita berdiri separas dengan anak. semasa kecil, kita rendahkan diri kita supaya sama tinggi dengan anak.

(4) 21 tahun ke atas : berkongsi.

kesalahan mendidik:
didik anak kecil dengan input orang dewasa, didik anak besar dengan input anak kecik.

—————

Di zaman Saidina Umar. Seorang ayah mengadu kepada Saidina Umar tentang kejahatan anaknya. Beliau beri hak ayah dan anak bersuara.

Kata Saidina Umar, ada 3 hak anak yang perlu ditunaikan oleh bapa :
1. memberi nama yang baik
2. memberi ibu yang baik
3. mendidik mengenal dan mencintai Rasulullah saw dan keluarganya dan mengajar Alquran

Wahai amirulmukminin, 3 hak ini tidak ditunaikan oleh ayahku. Namaku buruk, wanita majusi ibuku, tidak pernah mengajar aku mencintai Rasulullah dan keluarganya dan tidak mengajar Alquran.

kata Saidina Umar kepada si ayah : sebelum anakmu menjadi anak derhaka, kamu telah terlebih dahulu menderhakai anakmu.

Anak yang tidak soleh solehah adalah produk dari ibubapa tidak soleh solehah.

———
Relevan berbincang bagaimana mendidik pendidik, bagaimana selesaikan masalah ibubapa.

Pendidikan anak2 bersifat futuristik. Mendidiklah mengikut masa yang dihadapi. Ibubapa mesti advance dari segi pemikiran, jiwa dan sebagainya.

———

Didiklah dari hati. 

Kisah pelacur dengan anjing. Kerana dibuat dari hati, berubah menjadi solehah, mati dan masuk syurga. Perbuatannya sedikit tapi besar di sisi Allah. Allah tidak lihat lahiriah tapi Allah lihat hati dan amalan kamu.

Banyak kebaikan kita buat pada anak, sepanjang kehidupannya. Kenapa Allah tidak nilai kebaikan ibubapa pada anak, tetapi dinilai kebaikan seorang pelacur kepada anjing. Mungkin kerana tidak dibuat dari hati, tetapi hanya dari fitrah.

———

Imam Malik, kenapa anak-anakmu menjadi?
Kerana aku memilih ibunya.
Ibu adalah madrasah anak-anak.

Saidina Ali berkata, sekiranya orang itu tidak bertakwa kepada Allah, kata2nya tidak memberi kesan kepada sesiapa. Sekiranya ibubapa tidak takut kepada Allah, perbuatan ibubapa kepada anaknya, tidak menjadi.

———

Anak2 dilahirkan dengan fitrah suci dan bersih. ibubapalah menjadikan yahudi, nasrani dan majusi.

Kenapa tidak disebut islam?

Fitrah, suci dan bersih itu sudah islam. Benih kebaikan sudah ada. Kita perlu jaga dan jauhi kontiminasi, terus suburkan benih yang sedia ada. Sebelum salahkan sistem dan orang lain, siapa perlu bertanggungjawab? ibubapa. maka perlu muhasabah diri.

———

Anak2 bukan semata anugerah tapi anak2 adalah amanah daripada Allah
Anak2 bukan milik kita, tapi milik Allah. Maka untuk mendidik, rujuklah pemberi amanah iaitu Allah.

Tujuan didik anak : Mesti mengikut apa Allah tegaskan dalam Alquran, kenapa Allah jadikan
Kaedah didik anak : mesti mengikut sunnah Rasulullah.

1. Untuk jadi hamba Allah yang soleh.
2. Untuk jadi hamba Allah yang musleh.

Profesion apa saja, tetapi prinsip hamba Allah yang baik dan khalifah Allah yang baik.

SOP 
1. Nama yang baik.
2. Makanan halalan toyibban. Bukan halal sahaja. Bersih, Bahan baik tidak merosakkan emosi dan sebagainya.
3. Fasa perkembangan.

2 Perkara penting untuk menjadi khalifah.
1. ilmu fardhu ain. Teras bukan sampingan.
2. ilmu fardhu kifayah. Math, ekonomi, sains, etc

soleh wa musleh.
Tidak boleh salah satu.

jangan melahirkan haiwan berteknologi tinggi.

———
Didiklah dari hati

1. ikhlas. 

membawa kepada Allah. kenal Allah automatik kenang jasa ibubapa. jangan anggap pemberian kita jasa kita, tapi tanggungjawab pada anak. ikhlas membawa kepada pemaaf, redha, sabar. kita jaga Allah, Allah jaga kita. Bantuan Allah akan datang.

Satu kisah. Seorang ibu minta anaknya Syed bawa berjalan menggunakan wheelchair di taman. ibu berkata : Syed, bila ibu mati, siapa yang akan doakan kamu? 😭 Semenjak itu, sekalipun Syed tak tinggal doakan ibu.

2. kasih sayang.
bukan berdasarkan fitrah, tetapi hidayah (agama). Sayanglah anakmu tapi yang salah mesti ditegur. Tegas bukan keras. Jika 7 tahun pertama kukuh, buat macamana pun anak takkan lari.

4R

Rules + Regulations - Relationship = Rebellion
Rules + Regulations + Relationship = Respect

Rules + Regulation : 7 tahun kedua
Relationship : 7 tahun pertama

3. Jadilah teladan. Jangan hanya beri dorongan dan penjelasan, berilah teladan. 

Mata lebih dipercayai daripada telinga.

Masalah hari ini, kenapa pengaruh ibubapa hilang daripada anak?
Pengaruh hilang kerana hilang kepercayaan.
Kerana tidak walk the talk.
Cakap berbeza, tindakan berbeza.

———

Trilogi cinta:

Jika anak ada masalah dengan ibubapa, cek hubungan ibu dengan bapa, cek hubungan bapa dengan Allah.

———

Diizinkan share.

#raisingourfuture #mpf2019 #malaysianparentingforum2019 #arbafoundation

0 Comments