9 IDEA AKTIVITI BOLEH DILAKUKAN BERSAMA ANAK-ANAK SEPANJANG RAMADAN MUSIM PKP
Assalamualaikum . Salam Ramadan Kareem buat semua. Ramadan 1441Hijrah. Musim PKP memberi cabaran baru buat semua terutamanya ibu ayah yang punyai anak-anak kecil. Sepanjang hari berpuasa di rumah. Perlu aktiviti yang boleh dilakukan supaya puasa Ramadan kali ini penuh dengan kegembiraan dan Rahmat. Sepanjang hari berada di rumah jika tanpa aktiviti memberikan rasa bosan dan masa seolah-olah menjadi lebih panjang. 9 Idea ini mungkin boleh membantu anak-anak tetap ceria dan teruja untuk berpuasa Ramadan. 9 IDEA AKTIVITI BOLEH DILAKUKAN BERSAMA ANAK-ANAK SEPANJANG RAMADAN MUSIM PKP 1. Hias dan Wujudkan Sudut Ramadan Di Rumah Biasanya kita bersemangat untuk menghias rumah untuk menyambut kedatangan Aidilfitri, tapi kali ini, apa kata buat sedikit perubahan? Kita hias dan bersihkan rumah menyambut Ramadan. Tambah lagi bila PKP ni, semua aktiviti dirumah, so , sediakan sudut untuk aktiviti Ramadan. Biasanya saya buat bunting dan digantung diruangan. Tuga