Kali ini saya mahu kongsikan resepi menu kegemaran ramai ini iaitu Gulai Ikan Kering.

Seperti yang sedia maklum, jika berdekatan dengan mak ayah atau mertua, saya memang ambil mudah dengan resepi-resepi tradisional, saya tak berapa berminat untuk cuba memasaknya sendiri di rumah. Iyalah, sebab mak ada dekat, bila-bila masa boleh minta mak tolong buatkan, kita sekadar jadi pembantu di dapur.

Ingatkan buat daging goreng kunyit, boleh makan samapai malam, tapi rupanya2 anak2 semua suka, pakat ratah. huhu malam kita kena masak lain. 


PKP yang sedang berlangsung sekarang ini, mengandungi banyak hikmahnya. Salah satunya adalah ramai yang mula belajar untuk memasak lebih jauh lagi dengan resepi-resepi yang pelbagai.

ada yang menjadikan kitab google sebagai rujukan, ada yang video call, wasap bertanya pada mak atau mak mertua. Betul kan? Alahai kita samalah awak.

Adakalanya, kitab google jadi rujukan, tapi kalau masakan tradisional dan kampung, saya banyak rujuk pada mak dirumah. Sebab apa?

Iya, kitakan dah biasa dengan masakan mak, untuk melepaskan rindu pada masakan mereka, wajiblah ambil resepi mereka dan cuba, setuju?

Alhamdulillah, sejak semalam kami dah ada peti sejuk. Eh, kenapa? Oh ya, sebelum ini peti sejuk rosak, sebelum PKP lagi, tapi tak sempat nak baiki, bila PKP, 2 minggu kami teruskan hidup tanpa peti sejuk. Tapi bila dah nak masuk Ramadan ni, keperluan untuk peti, maka belilah kami peti sejuk yang bersaiz kecil, sementara tunggu peti yang sedia ada dibaiki.

Alahai, meleret pula ceritanya, resepi mana? Okay..

Hikmah PKP, kejayaan diri. 

RESEPI GULAI IKAN KERING MUSIM PKP

Bahan-bahannya :

Ikan kering. Saya guna ikan kering talang.
Nenas
1 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
1 inci kunyit*
2 inci lengkuas*
2 sudu kecil biji ketumbar*
2 biji lada kering*
1 pack Santan . saya guna santan kara debu.
Garam secukup rasa
¼ nisae(gula Melaka)
CARA-CARANYA

1. Kisar semua bahan yang bertanda * dengan sedikit santan
2. Masukkan semua bahan kisar ke dalam periuk.
3. Kemudian, masukkan santan.
4. Masukkan ikan kering dan nenas.
5. masukkan garam secukup rasa, nissae .
6. Kacau rata sehingga menggelegak beberapa kali.
7. tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


Untuk kali ini, saya buat lebih untuk dibekukan digunakan di dalam bulan Ramadan nanti. Bila buat macam ni, banyak masa dapat dijimatkan. Tipsnya, bila memasak,lebihkan kuantiti dan bekukan untuk kegunaan kemudian, pastikan labelkan tarikh setiap menu tersebut supaya kita boleh tahu tarikh ia dibekukan.

Selamat mencuba.


7 Comments

  1. alamak ... sedapnya gulai ikan kering. pembuka selera. tapi tak pernah buat.. apakah kena buat jugak? hahahahahha

    ReplyDelete
  2. sedapnya.. kak AJ follow sarah di sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sedap juga utk 1st time masak sendiri, nanti sarah follow kak AJ balik, dulu pernah follow masa guna wp. ni rumah baru. jap sarah bw :)

      Delete
  3. Wow sedapnya alahaii.ngences mama.tgk resepi

    ReplyDelete