Advertisement

Responsive Advertisement

Senarai Pendek 26 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Bagi Tahun 2021

Bismillah

Assalamualaikum 

Salam sejahtera buat semua, pembuka bicara setelah sekian lama tidak update blog ini. semoga dengan entry kali ini menjadi wadah untuk kembali aktif menulis. Allahu Musta'an. Aamiin.

Entry kali ni, saya nak berkongsi blog mommy blogger yang aktif menulis di blog tentang kekeluargaan, percutian, perkongsian resepi, kesihatan dan pelbagai lagi. 

Hakikatnya tidak mudah untuk konsisten dan istiqamah dalam menulis, kerana menulis itu memerlukan idea dan kemahiran yang sentiasa perlu diasah.Perlu peka dengan isu semasa malah banyak kemahiran yang kena ada.

Namun 26 Mommy blogger yang akan saya kongsikan nanti antara yang paling best bagi tahun 2021.  ikutkan ramai lagi mommy blogger yang best best, tapi kali ni kita kenalkan 26 orang ni dulu ya termasuk saya juga. Saya aktif menulis di wordpress sebelum ni, tapi disebabkan beberapa masalah teknikal, blog wp saya lenyap dari dunia maya. 
saya pilih untuk kembali aktifkan blog ni. Blog asal saya. 

jom kita berkenalan dengan 


Senarai Pendek 26 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Bagi Tahun 2021


1.  Siti Awadah -   www.sishawa.com 

Bermula pada tahun 2017 blog ini berusia 4 tahun.  Ibu kepada 6 anak. Surirumah sepenuh masa, jana income dengan Adsense. Juga pengasas kepada Bites Media Consultants.


2.  Ardini Humaira -  www.ilhamdini.com

 bermula sejak tahun 2008 dan telah berusia 13 tahun.  Beliau merupakan ibu kepada 2 orang cahaya mata, pernah keguguran 5 kali dan beliau telah  berhenti kerja untuk keluarga ketika mengandung anak kedua (selepas 5x keguguran)

 Mempunyai minat menulis sejak zaman sekolah. Asal  buat blog sekadar suka suka macam diari awal 2008, Namun serius berkecimpung dalam bidang blogger sejak 2010. 


3.Nabihah Mohd Mashut  - www.biemohd.com 

 Blog yang bermula tahu 2006 dan berusia 14 tahun di alam maya. 

Blog ini bermula dengan perkongsian sebagai BRIDE-TO-BE, hingga MAMA-TO-BE kepada 3 orang cahaya mata yang masih suka dengan aktiviti DIY bersama keluarga dan anak-anak untuk menjimatkan kos. Sekaligus memberikan inspirasi kepada ibu bapa diluar sana yang sedang mencari idea untuk aktiviti DIY (hari jadi, akikah,dll) untuk anak-anak mereka.


4.  Mrs Pip merupakan pemilik blog www.mrspip.com

Mula menulis blog sejak tahun 2015 dan kini berusia 6 tahun. 

Ibu kepada 3 anak, surirumah sepenuh masa, suka layan KDrama, berhenti kerja untuk jaga anak sejak tahun 2013.


5. Blogger Lea Razali boleh diikuti terus di blog www.eksplorasilea.com . ermula pada tahun 2013 dan berusia 7 tahun. Ibu kepada 2 orang anak,suri rumah dan mula ingin jana pendapatan melalui blog. Blog perkongsian  resipi, travelog, info-info kesihatan dan panduan blog


6.Blogger Azlinda merupakan pemilik blog www.azlindaalin.com . Blog berusia 8 thn, bermula 2012. Merupakan Mummy kepada 3 orang anak. Bekerjaya sebagai financial consultant AIA, business online dan menulis blog sebagai hobi. Seorang yang pentingkan keluarga, gemar habis kan masa lapang dengan aktiviti bersama keluarga. 


7. Blogger Fuzy Rahamah Hamid merupakan pemilik blog www.iamfuzy.com yang sudah  15 tahun di dunia maya, bermula 2006. Merupakan umi kepada 6 anak, surirumah sepenuh masa, mulanya menulis di blog sebagai diari berkongsi pelbagai cerita, kisah kehamilan, tugas sebagai agen pelancongan, resepi masakan dan mengambil upah sebagai penulis upahan, penulis konten dan pegawai media sosial (PMS).


8. Blogger  Mamy Syu pemilik blog annursyuhadah.com untuk lebih mengenali beliau. Usia blog 8 thn bermula 2012. 

Mamy Syu merupakan Mommy Blogger Malaysia. Ibu kepada 3 orang anak. Naufal, Nufael dan Hawraa. Syu berkongsi pengalaman menjaga anak sendirian kerana PJJ dengan suami. Tak lokek berkongsi tip penyusuan susu badan,review,resepi serta lifestyle suami isteri jarak jauh. (PJJ selama 9 tahun).


9. Alia Farhan Said adalah pemilik blog www.aliafarhan.com yang berusia 13 tahun bermula 2008. Mom of 2 princesses  Love cooking dan Travelling. Mula berblog utk suka-suka untuk Meluahkan perasaan n stress masa belajar dulu2. 


10. Blogger Wan Rokiah (Wawa) www.mommywawa.com .Blog beliau berusia 8 Bulan . Mula menulis blog pada bulam  May 2020 .

Ibu kepada seorang anak merupakan  surirumah sepenuh masa, dalam masa yang sama jana income bersama shaklee dan adsense. Juga seorang youtuber @wanrokiahwanismail & @vitaminwawa.


11.Chaza Xiaojie pemilik blog  www.cxopportunities.com yang telah berusia 10 Tahun. Mula menulis blog pada June 2011 . Mak kepada tiga orang anak. Mommy blogger sepenuh masa. Suka sangat menulis sejak kecil. Azam sejak muda untuk dapat bekerja dari rumah sambil mendidik sendiri anak membaca dan mengaji


12. Nurul Aleya (apakatamommy) www.apakatamommy.com 10 bulan - March 2020 mommy kepada seorang anak. Sebenarnya sudah lama jadi blogger, 10 Tahun yang lepas dengan blog www.secantikmanis.com. Selepas tamat pengajian, mula bekerja blog pun semakin tertinggal. Tetapi minat menulis sentiasa ada, cuma tiada masa. Bila mula berpindah ke Jb, terus join jdt blogger dan buat blog baru. start baru dengan niche lebih kepada mommy blogger dan resepi. 


13. Nora (Izarra) www.ummizarra.com 13 tahun, bermula 2008 Mak kepada 3 orang cahaya mata. Bekerja di sektor kerajaan (sekolah), asal ada blog suka2 update kisah peribadi, madah, dan macam dairy, dan sekarang banyak entri pelbagai perkongsian. Dulu aktif join event tapi bila dah berpindah blog pun kurang update. sebab masih sayang pada blog maka masih ada www.ummizarra.com


14. Ciktom  www.ciktom.com 11 tahun, bermula 2010  ibu kepada sepasang cahaya mata. fulltime mommy blogger. awal berblog byk share tips, tutorial blogging & cara buat duit online. sekarang lebih banyak create awareness pasal parenting, homeschooling & emas sebagai hobi 😂 


15. Yaya Azura  www.yayaazura.com  11 tahun, bermula Jan 2010  ibu kepada 2 oranv anak lelaki. Mula membuat blog sebagai diari menceritakan hal anak-anak dan kemudian mula menjadikan blog sebagai medium untuk menambah pendapatan.


16. Rozita www.ceritaita.com 13 tahun, bermula 2008 ibu kepada 5 orang anak, 4 lelaki 1 perempuan, kerja sebagai pegawai veterinar di sektor kerajaan, suka membaca dan menulis sejak dari zaman sekolah, menulis blog bermula sebagai hobi, menulis semua cerita pengalaman hidup, kisah suka memasak dan mencuba resepi baru, pengalaman membesarkan anak-anak terutamanya melibatkan penyusuan susu ibu dan penyakit yang dihadapi anak-anak, suka juga berkongsi kisah travel dengan perkongsian tempat yang diinap semasa bercuti, tempat makan best dan tempat menarik untuk dikunjungi.


17, Bonde Zaidalifah www.bondezaidalifah.com 11 tahun, bermula 2010  Bonde kepada seorang puteri, Menulis Blog adalah separuh masa mengenai lifestyle travel, resepi, review novel, review drama, review produk kecantikan dan produk kesihatan dan juga fesyen


18. Meksah www.meksah.com 8 bulan, bermula 2020 Ibu kepada seorang anak lelaki berumur 3 tahun. Kerjaya di Sektor Swasta bidang Essential Services. Mula membina Blog Jun 2020 untuk berkongsi informasi dan pengalaman.


19. Fadzi Razak www.fadzirazak.com

Blog berusia  6 tahun, bermula 2014 .Fadzi merupakan mak kepada 2 orang anak lelaki, Aneeq dan Anas. Mommy blogger Malaysia yang kini menetap di Sydney, Australia tapi dalam hatinya Malaysia tetap tanah tumpah darahku. Selalu menulis berkaitan dengan family lifestyle. 

Suka berkongsi tentang tempat makan menarik, tempat menarik, resepi, info dan tips untuk suri rumah. Selain menulis di blog, Fadzi juga suka berkongsi tentang pengalaman dan perkara menarik di Australia di fb.com/fadzirazak. Seorang yang pendiam tapi bila menulis, tak boleh berhenti. Bekerja sebagai freelance writer sambil jaga anak-anak di rumah,


20. Atul Hamid www.atulhamid.com 

Usia blog 5 tahun. Sept 2016 

Merupakan Ibu kepada sepasang cahaya mata. Perkongsian blog mengandungi topik berkaitan business, kecantikan, kesihatan, lifestyle, dan personal.


21. Zaza Azman Www.zazaazman8.com  , blog beliau berusia1 tahun, Jan 2020  

Kembali berblog setelah 12 tahun berhenti. Mengguna samaran sebagai Mama monsta, mama utk sepasang anak2 monsta comel. 

Full Time housewife, part time blogger. Blog berbahasa Inggeris. Blog lifestyle yg mengisarkan perkembangan anak2 


22.Marina Bashah www.marinabashah.com  dengan usia blog 2 tahun, Feb 2019 .
Ibu bekerjaya. ibu kepada 3 anak dara. selalu kongsi mengenai persekolahan anak. tentang program sekolah anak, aktiviti pembelajaran di rumah dan kelas online yang dihadiri oleh anak-anak


23. Aida Hanafiah - https://www.adianiez.com/ 
Blog berusia 11 tahun 9 .

 Ibu kepada 3 orang anak yang sempurna. Bekerja sepenuh masa. Menulis blog secara separuh masa untuk berkongsi kisah hidup berkeluarga, aktiviti keluarga, bercuti ke sana ke sini, dekorasi dan susun atur rumah serta isu semasa.

 Suka menulis blog kerana ia satu cara meluahkan rasa dan idea dari kacamata seorang wanita, ibu dan isteri.


24. Siti Rohaida https://kisahsidairy.com 

Blog berusia 11 tahun bermula 2010 

Ibu kepada 2 orang anak perempuan, berkongsi cerita tentang kekeluargaan,kecantikkan dan apa jua yang rasa ingin dikongsi.Menjadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan yang paling disukai.


25. Norhana Rosmida - www.hannamaruku.com 
Blog berusia 14 tahun, since 2017 .

Ibu kepada 2 orang anak, sorang HR practitioner di pejabat dan part time blogger. Hobi suka menulis dari zaman University dan banyak blog pasal resipi, travel dan anak-anak. Seorang Young Living Distributor juga, suka share pasal pengalaman sendiri guna natural remedies untuk wellness anak-anak.


26. Sharina (opzzpinky)-  www.opzzpinky.com
Blog berusia  11 tahun dari sept 2010 .

ibu kepada sepasang anak, edan eshal, dahulu blog tempat meluah, sekarang jadi tempat mengaut rezeki hihi, alhamdulilah, lifesytle blogger, berkongsi ilmu, pengalaman dan pelbagai tips.


sekian dulu perkongsian 26 mommy blogger yang paling best, sebenarnya ramai lagi mommy blogger yang best, tapi untuk entry ini, saya kongsi yang ni dulu ya. jangan lupa klik dan follow mereka semua ya

with love,
kaksarah  

Post a Comment

3 Comments